Khamis, 30 September 2010

...bantuan kerajaan untuk JMB


Berdasarkan kenyataan Y.B Dato' Raja Nong Cik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, JMB atau Persatuan Penduduk perumahan kos rendah layak memohon untuk diberi bantuan kerajaan bagi kerja-kerja penyenggaraan.


...lagi berkenaan Guest House



Kepada orang ramai yang berminat, pertanyaan boleh dibuat melalui no. tel 03-2241 2678 (ITA/ZUL) atau saya sendiri (019-331 5583). Unit ini dilengkapi kemudahan asas penginapan seperti katil kelamin dan bujang, TV, Sofa, meja makan, Peti Ais dll. Terletak di tingkat bawah Blok D, jadi pengunjung tidak perlu menggunakan lif. Kemudahan yang terdapat disini adalah kedai runcit, dobi, syber cafe dan kawasan dikawal oleh pengawal keselamatan selain itu tempat letak kereta tersedia ada.

Melalui sewaan unit ini sedikit sebanyak dapat juga menampung kos bagi kerja-kerja penyenggaraan.




Salam Shawal 1431


Salam Aidil Fitri,

Saya pohon berbanyak maaf kerana blog ini lama sudah tidak dikemaskini. Kadang-kadang tekanan kerja di JMB, pejabat serta kesibukan dengan keluarga membuatkan tidak cukup masa untuk mengejarnya.

Walaubagaimanapun kesempatan di bulan Shawal ini, saya bagi pihak pengurusan JMB yang terdiri daripada AJK, Kakitangan Pentadbiran, kebersihan dan keselamatan masih belum terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

Saya menyeru kepada warga perumahan pantai permai...marilah kita raikan shawal dengan menziarahi rakan dan saudara mara terutamanya jiran tetangga. Eratkan silatulrahim, buangkan segala selisih faham demi untuk kehidupan jiran yang lebih harmoni, rukun dan damai.

Pengurusan JMB akan membuat yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada untuk mengurus dan mentadbir pantai permai agar semua penduduk akan dapat menikmati kemudahan atau harta bersama.

Seruanya kami kepada penduduk pantai permai, segerakanlah bayaran maintenance termasuk yang tertunggak. Tanpa bayaran tersebut, pengurusan tidak mampu untuk meneruskan kerja-kerja penyenggaraan bangunan seperti bil lampu awam dan corridor, lif, motor-pum air termasuk gaji kakitangan dll yang sememangnya memerlukan kos tinggi.

Pendapatan lain selain caj maintenance?

Alhamdulillah, pengurusan JMB berjaya menaiktaraf unit pejabat yang tidak digunakan kepada rumah tetamu (guest house) yang lengkap dengan kemudahan untuk menginap. Dengan caj semalam RM100, sambutannya amat mengalakkan terutamanya pada cuti sekolah dan hujung minggu. Sejak mula melancarkannya pada April 2010, ramai tetamu dari jauh sehingga dari Sabah dan Sarawak telah datang menginap selain sanak-saudara penduduk tempatan.

Selain itu juga terdapat 6 unit ruang kedai yang luasnya l/k 120 k.p untuk di sewa di bawah pengurusan JMB.

Dengan adanya pendapatan tambahan ini ianya sedikit sebanyak dapat menampung kos penyenggaraan dan tabungan bagi membiayai kes-kes kecemasan.