Khamis, 30 September 2010

...bantuan kerajaan untuk JMB


Berdasarkan kenyataan Y.B Dato' Raja Nong Cik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, JMB atau Persatuan Penduduk perumahan kos rendah layak memohon untuk diberi bantuan kerajaan bagi kerja-kerja penyenggaraan.


...lagi berkenaan Guest House



Kepada orang ramai yang berminat, pertanyaan boleh dibuat melalui no. tel 03-2241 2678 (ITA/ZUL) atau saya sendiri (019-331 5583). Unit ini dilengkapi kemudahan asas penginapan seperti katil kelamin dan bujang, TV, Sofa, meja makan, Peti Ais dll. Terletak di tingkat bawah Blok D, jadi pengunjung tidak perlu menggunakan lif. Kemudahan yang terdapat disini adalah kedai runcit, dobi, syber cafe dan kawasan dikawal oleh pengawal keselamatan selain itu tempat letak kereta tersedia ada.

Melalui sewaan unit ini sedikit sebanyak dapat juga menampung kos bagi kerja-kerja penyenggaraan.




Salam Shawal 1431


Salam Aidil Fitri,

Saya pohon berbanyak maaf kerana blog ini lama sudah tidak dikemaskini. Kadang-kadang tekanan kerja di JMB, pejabat serta kesibukan dengan keluarga membuatkan tidak cukup masa untuk mengejarnya.

Walaubagaimanapun kesempatan di bulan Shawal ini, saya bagi pihak pengurusan JMB yang terdiri daripada AJK, Kakitangan Pentadbiran, kebersihan dan keselamatan masih belum terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

Saya menyeru kepada warga perumahan pantai permai...marilah kita raikan shawal dengan menziarahi rakan dan saudara mara terutamanya jiran tetangga. Eratkan silatulrahim, buangkan segala selisih faham demi untuk kehidupan jiran yang lebih harmoni, rukun dan damai.

Pengurusan JMB akan membuat yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada untuk mengurus dan mentadbir pantai permai agar semua penduduk akan dapat menikmati kemudahan atau harta bersama.

Seruanya kami kepada penduduk pantai permai, segerakanlah bayaran maintenance termasuk yang tertunggak. Tanpa bayaran tersebut, pengurusan tidak mampu untuk meneruskan kerja-kerja penyenggaraan bangunan seperti bil lampu awam dan corridor, lif, motor-pum air termasuk gaji kakitangan dll yang sememangnya memerlukan kos tinggi.

Pendapatan lain selain caj maintenance?

Alhamdulillah, pengurusan JMB berjaya menaiktaraf unit pejabat yang tidak digunakan kepada rumah tetamu (guest house) yang lengkap dengan kemudahan untuk menginap. Dengan caj semalam RM100, sambutannya amat mengalakkan terutamanya pada cuti sekolah dan hujung minggu. Sejak mula melancarkannya pada April 2010, ramai tetamu dari jauh sehingga dari Sabah dan Sarawak telah datang menginap selain sanak-saudara penduduk tempatan.

Selain itu juga terdapat 6 unit ruang kedai yang luasnya l/k 120 k.p untuk di sewa di bawah pengurusan JMB.

Dengan adanya pendapatan tambahan ini ianya sedikit sebanyak dapat menampung kos penyenggaraan dan tabungan bagi membiayai kes-kes kecemasan.




Khamis, 13 Ogos 2009

Penyerahan Borang Migrasi



Alhamdulillah sehingga 11 Ogos 2009, hampir 90% atau 815 pemilik daripada 915 telah mengemukakan borang migrasi syabas. Adalah diharapkan pada akhir bulan ogos in semua dokumentasi mengenai pengambilalihan meter air di bawah syabas akan dapat diselesaikan. Manakala pengambilalihan secara rasminya dijangka akan bermula pada Oktober 2009.

Walaupun banyak rintangan yang dihadapi khususnya dalam soal mendapatkan kerjasama penduduk, pihak pengurusan yakin insyallah program ini akan dapat dilaksanakan.

Begitu juga dalam soal kerjasama yang melibatkan pembayaran caj maintenance. Pada masa sekarang respon penduduk terdapat sedikit peningkatan berbanding di bawah pengurusan pemaju iaitu NPE.

Pihak pengurusan JMB di sini memohon supaya pembayaran oleh penduduk dapat dibuat mengikut jangkamasa yang ditetapkan kerana pengurusan perlu menjelaskan bayaran bil-bil seperti eletrik, SYABAS, elaun kakitangan serta bayaran kepada kontraktor dan vendor.

Sekiranya kita mampu untuk bekerjasama dalam perkara ini, pihak pengurusan yakin keselesaan hidup dalam menikmati kemudahan harta bersama akan dapat dikekal dan ditingkatkan.

Isnin, 13 Julai 2009

Gambar2 pertandingan mewarna




Gambar2 sekitar program SYABAS pada 11 Julai 09



Program Migrasi Meter Air di bawah SYABAS

Program turun padang SYABAS bersama penduduk pantai permai serentak dengan pembukaan kaunter pendaftaran dan pembayaran permohonan migrasi telah diadakan pada 11 Julai 2009 di Dewan Blok D, Pantai Permai. Sempena program tersebut, pihak syabas juga menaja acara 'peraduan mewarna' yang disertai oleh 200 kanak-kanak pelbagai peringkat umur.

Alhamdulillah...seramai lebihkurang 650 pemilik bangunan atau 70% daripada 912 unit rumah dan kedai telah mengemukakan borang permohonan untuk migrasi. Adalah diharapkan, baki permohonan tersebut akan dikemukakan kepada pihak syabas pada hujung bulan Julai ini.

Pihak pengurusan JMB mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan penduduk, pihak pengurusan syabas khususnya dari Ibu Pejabat Pantai Baru dan Petaling yang turut sama hadir dalam menjayakan program tersebut dan juga sumbangan dalam bentuk hadiah kepada pemenang peraduan melukis.

Semoga program migrasi ini yang akan memberikan manafaat dan jaminan kepada penduduk akan dapat dilaksanakan secepat. Pihak pengurusan mensasarkan migrasi meter air ini akan dapat dilaksanakan selewat-lewatnya mulai September 2009.

Adalah diharapkan semua penduduk yang belum mengemukakan borang, dapat mengambil tindakan segera. Kerana tanpa penyertaan semua pemilik program migrasi ini tidak akan dapat dilaksanakan.