Program turun padang SYABAS bersama penduduk pantai permai serentak dengan pembukaan kaunter pendaftaran dan pembayaran permohonan migrasi telah diadakan pada 11 Julai 2009 di Dewan Blok D, Pantai Permai. Sempena program tersebut, pihak syabas juga menaja acara 'peraduan mewarna' yang disertai oleh 200 kanak-kanak pelbagai peringkat umur.
Alhamdulillah...seramai lebihkurang 650 pemilik bangunan atau 70% daripada 912 unit rumah dan kedai telah mengemukakan borang permohonan untuk migrasi. Adalah diharapkan, baki permohonan tersebut akan dikemukakan kepada pihak syabas pada hujung bulan Julai ini.
Pihak pengurusan JMB mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan penduduk, pihak pengurusan syabas khususnya dari Ibu Pejabat Pantai Baru dan Petaling yang turut sama hadir dalam menjayakan program tersebut dan juga sumbangan dalam bentuk hadiah kepada pemenang peraduan melukis.
Semoga program migrasi ini yang akan memberikan manafaat dan jaminan kepada penduduk akan dapat dilaksanakan secepat. Pihak pengurusan mensasarkan migrasi meter air ini akan dapat dilaksanakan selewat-lewatnya mulai September 2009.
Adalah diharapkan semua penduduk yang belum mengemukakan borang, dapat mengambil tindakan segera. Kerana tanpa penyertaan semua pemilik program migrasi ini tidak akan dapat dilaksanakan.