Selasa, 23 Jun 2009

Lagi gambar2 sekitar mesyuarat...
















Gambar-gambar di sekitar mesyuarat AGM ke2




























Keratan Akhbar Sinar Harian 23/6/09


Pemilihan AJK Sessi 2009/2010

Alhamdullilah..mesyuarat AGM ke-2 JMB Perumahan Pantai Permai pada 21 hb Jun 2009 lepas dapat berjalan dengan lancar serta mendapat respon yang positif daripada penduduk. Sebanyak 179 penduduk yang layak telah hadir bagi memilih AJK JMB bagi sessi 2009/2010. Senarai 12 AJK yang terpilih berdasarkan jumlah undi adalah seperti berikut:-



1. Abdul Razak Hasumi (179 undi)

2. Hj. Ghazali Daud (146 undi)

3. Lokman Abdullah (145 undi)

4. Nik Mohd Nik Dir (126 undi)

5. Said Abdul Razak (118 undi)

6. Zariah bt Muhamad (114 undi)

7. Noor Azizi Yusof (112 undi)

8. Appalanaidu a/l Kaniah (106)

9. Mohd Nasir Embong (98 undi)

10. Mohd Sa'ad Chek (88 undi)

11. Hasan Deraman (88 undi)

12. Ashar Kasmun (88 undi)



Semoga AJK yang baru dipilih akan dapat menjalankan amanah yang diberikan oleh penduduk dengan penuh dedikasi.

Khamis, 18 Jun 2009

Berita Akhbar Sinar Harian (18/6/09)




Mesyuarat Agung Ke-2, JMB Pantai Permai

Mesyuarat Agung Ke-2, JMB Pantai Permai akan diadakan pada 21Jun 2009 (Ahad) jam 9.30 pagi di Dewan Blok D. Pendaftaran masuk bermula jam 8.30 pagi. Semua penduduk yang layak masuk dikehendaki membawa kad pengenalan. Bagi proksi pemilik bersama dikehendaki membawa borang perlantikan proksi.

Hanya penduduk yang tiada tunggakan caj sehingga bulan mei 2009 layak mengundi dan dilantik menjadi ahli JMC. Daripada rekod yang dikemaskini, adalah dianggarkan sebanyak 300 pemilik petak bangunan daripada 898 unit layak mengundi.

Adalah diharapkan supaya mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar dan penduduk sama-sama memberikan cadangan-cadangan yang positif dalam memastikan pengurusan cekap dan dapat memberikan manafaat kepada semua penduduk yang dianggarkan berjumlah 4,000 orang..

Selamat bermesyuarat...

Rabu, 10 Jun 2009

Program Migrasi Meter Air di bawah SYABAS

Alhamdulillah...pihak SYABAS pada 30/5/09 telah meluluskan permohonan JMB Perumahan Pantai Permai untuk memindahkan 'migrate' meter air pukal kepada meter air individu di bawah akaun SYABAS. Adalah diharapkan semua penduduk mengambil kesempatan diatas kelulusan ini dan bersama-sama mengambil tindakan untuk merialisasi program ini dengan tindakan berikut:-

1) Mengisi Borang permohonan (yg telah diedarkan)
2) Menyertakan salinan dokumen Kad Pengenalan dan Surat Perjanjian Jual-Beli
3) Menyediakan bayaran permohonan (RM130.00 - rumah & RM530 - Kedai)

Manafaat dengan program migrasi :-

Jimatkan caj air :
- Caj semasa (meter pukal) - RM0.80 meter padu
- Caj SYABAS - RM0.57 meter padu
Penjimatan RM0.23 sen setiap meter padu, contoh:-

Bagi penggunaan bulanan setiap 30 meter padu - caj sekarang RM24.00 (30 x RM0.80)
Caj SYABAS hanya RM17.10 (30 meter padu x RM0.57) - JIMAT RM6.90

Oleh yang demikian, adalah diharapkan SEMUA penduduk dapat mengemukakan dokumen yang diminta beserta bayaran yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 30Jun 2009.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi En. Abdul Razak Hasumi di talian 019-3315583 atau SYABAS, En. Azmi 012-2956379.






Majlis taklimat program migrasi SYABAS pada 14/2/2009



Khamis, 4 Jun 2009

Program dan aktiviti bergambar 2009







Senarai Ahli JMC Perumahan Pantai Permai


1. Abdul Razak Hasumi - Pengerusi
2. Noor Azizi Yusof - Setiausaha
3. Lokman Abdullah - Bendahari
4. Hashim Mohamad - AJK (Kemudahan & Sosial)
5. Tuan Hj. Ghazali Daud - AJK (Keselamatan & Kebersihan)
6. Mohd Saad Chek - AJK (Kutipan & Hasil)
7. Rusli Husaini - AJK
8. Subhi Alias - AJK
9. Adnan Mudzi - AJK
10. Said Abd Razak - AJK
11. Appalanaidu - AJK
12. Rizalazuan - AJK

Rabu, 3 Jun 2009


Sekalung Ucapan Pengenalan

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga perumahan pantai permai.

Hampir setahun telah berlalu selepas pengambilalihan pengurusan dan operasi penyenggaraan bangunan perumahan pantai permai oleh JMB daripada NPE Properties Development Sdn Bhd yang mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2008. Walaupun pada masa sekarang, sebahagian operasi pengurusan telah di ‘out-source’ kepada Agen pengurusan, iaitu Nurr Property Consultant, adalah menjadi hasrat JMB dalam masa terdekat ini untuk menjalankan operasi pengurusan dan pentadbiran sepenuhnya tanpa menggunakan khidmat agen pengurusan. JMB secara berperingkat telah mengambilalih ke atas pengurusan kebersihan dan penyenggaraan daripada Nurr Property mulai April 2009. Pada masa sekarang hanya urusan pengeluaran bil dan akaun dijalankan oleh agen pengurusan.

Selaku Pengerusi JMB, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala kerjasama dan sokongan daripada kalangan penduduk yang secara tidak langsung memberikan semangat dan inspirasi kepada ahli jawatankuasa untuk menjalankan pengurusan dan operasi supaya lebih cekap serta mampu memberikan keselesaan kepada penduduk. Kajian dari masa akan dibuat untuk mempertingkatkan kecekapan kerja, pengurangan kos serta penambahan sumber kewangan selain daripada caj penyenggaraan.

Apa yang diperlukan adalah kerjasama daripada penduduk supaya perihatin dalam soal pembayaran caj dan dapat menjelaskannya mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun terdapat segelintir penduduk yang selalu mengabaikan tanggungjawab mereka, kami percaya suatu masa nanti mereka ini akan bersama-sama dalam kelompok ‘PEMBAYAR SETIA’, kerana tanpa kerjasama semua penduduk dalam soal ini, pengurusan dan pentadbiran harta bersama akan terjejas dan akibatnya semua penghuni akan menerima kesannya.

Selain itu, setiap individu mempunyai HAK dan TANGGUNGJAWAB dalam aspek penjagaan harta bersama. Buangkan sikap pentingkan diri sendiri dan wujudkan semangat kekitaan. Marilah kita bersatu dalam membina masyarakat yang lebih bertamadun, berdisplin dan bermaufakatlah dalam sesuatu urusan serta eratkan hubungan kejiranan.

Inysa’allah, dengan perubahan yang sememangnya MAMPU kita laksanakan, apa yang kita hajati akan dapat dicapai. JMB dari masa ke semasa akan terus merancang dan memacu ke arah pengurusan yang lebih cekap bagi memastikan keselesaan penduduk dan seterusnya meningkatkan imej dan tarafhidup masyarakat pantai permai.

Abdul Razak Hasumi